Wednesday, March 6, 2013

Nyawa itu~

 Seandainya pasukan marin masih ada, 
 Pasti akan ada yang menyekat kemasukan mereka, 
 Si durjana yang ingin merebut takhta. 

 Namun,
 Yang pergi amat payah untuk dihadirkan kembali,
 Yang telah dimansuh amat payah untuk diwujudkan diri.

 Sesuatu itu yang membuatkan ia pergi,
 sampai sudah tidak mahu mengaku diri,
 bersenang menongkah kaki tanpa rasa belas di hati.

 Si lemah tidak bermaya yang menjadi mangsa,
 duhai penduduk yang tidak berdosa,
 Si gagah berani jua menjadi bahana dalam perjuangkan tanah air tercinta,
 salah siapa?
 nyawa itu diambil lagi, lagi dan lagi,
 gugurnya si perwira dengan das tembakan dan kelaran sembelihan!!
 Masih butakah wahai pucuk pimpinan?
 Janganlah dikau jadikan nyawa rakyat sebagai korban dalam mainan politik yang semakin menggila!!

 Aku di sini hanya mampu berbicara,
 dalam dakapan do'a meminta padaNya,
 moga dikurniakan petunjuk bagi yang leka,
 moga didatangkan pertolongan bagi yang setia.

 Aku hanya aku,
 yang ingin mengetahui permainan apa di sebalik nyawa itu.

 Rohaida~
 050313, Parit Lapis Laman, Parit Sulong 

No comments:

Post a Comment