Bismillahirrahmanirrahim..
Lama sudah blog menyepi tanpa sebarang coretan. Membisu tanpa sepatahya bicara, menyepi tanpa sebarang kata dan mendiam dalam sepi suara.
Allah..
Bukan lidahku kelu, mahupun tanganku kaku, namun idea menulis itu telah lama tiada menjengah diri ini.
Tapi kini, akan kupaksa diri agar neuron-neuron bersambung sepenuhnya mendatangkan idea-idea agar segala curatan hati kan tercurhat di sini. Opsss bukan semua.. ^^
Luahan hati sering b'bicara walau tiada suara yg hadir dariny.. Luahan hati sering b'teriak walau tiada tangis lahir dariny.. Bgitu la pena hatiku yg sering melarikan tari tgnku buat lafazan diari hatiku~
Tuesday, November 15, 2016
BURN @ DOSA (repost)
BURN. Satu situasi yang dikira sebagai bencana. Mana tidaknya jika
sekadar asapnya saja sudah cukup membebankan dan mendatangkan penyakit, apatah
lagi dengan apinya. Hangat dan membakar, Allahu. Tiba-tiba terdetik di hati, bagaimana
api di neraka, jika api di dunia saja sudah cukup menginsafkan.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga
kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala);
neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya);
mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada
mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim, 66: ayat 6)
(Surah At-Tahrim, 66: ayat 6)
Teringat akan nasib sahabat
seperjuangan di Hospital Sultanah Aminah Oktober lalu. Cubaan yang cukup hebat
buat hamba-hamba yang hebat. Semoga jiwa-jiwa terlibat sentiasa dikuatkan hati
untuk terus bekerja dan berkhidmat buat masyarakat kerana Allah Taala.
Berbalik kepada BURN. Siapa tahu makna BURN? BURN dari segi perubatan bermaksud
kebakaran yang mengakibatkan kecederaan. Namun BURN yang dimaksudkan di sini adalah perumpamaan bagi DOSA.
DOSA...
D.O.S.A...
Hermmm... DOSA tu umpama BURN. KEBAKARAN.
Apa yang sama antara DOSA dan BURN?
Jom ikuti analogi-analogi ini dan
samakan dengan situasi-situasi diri.
First stage of burn umpama dosa yang pertama kali dilakukan.
Astaghfirullah, sakit yang teramat walau lukanya tampak luaran sahaja. Sekadar
melecet, terguris mahupun hanya sekadar kesan garu si kuku panjang. Sebab luka
akibat burn ini hanya memakan
epidermis yang sememangnya akan menghadirkan sakit yang cukup membebankan.
Begitulah dosa. Jika awal dahulu
kita mampu memelihara diri dari berbuat dosa, namun terpedaya untuk kali
pertamanya, allahu. Rasa berdosa yang amat sangat. Menghantui diri, rasa menyesal
dan bertaubat tak nak buat dah. Kisahnya sama seperti kita tidak pernah
meninggalkan stokin, handsock apatah lagi tudung menutupi dada dan saat itu,
untuk pertama kalinya tidak memakai
stokin saat keluar dari rumah, kita akan berasa sangat tidak selesa, rasa
dipandang, rasa berdosa dan bermacam-macam lagi rasa bersalah.
Namun, Allah itu Maha Pengampun.
Jadilah hambaNya yang bertaqwa, segera bertaubat saat melakukan kesalahan kerna
melazimi dosa kecil itu akan membawa kepada dosa besar. Hadapi segala ujian dan
sakit dengan penuh sabar yang mana ianya juga menjadi kifarah dosa.
Ujian itu didatangkan mengikut
kemampuan individu itu sendiri. Lain orang, lain pula ujian yg didatangkan yang
Maha Mengetahui.
“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia
mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa
kejahatan yang diusahakannya…”
(Surah Al-Baqarah, 2: ayat 286)
(Surah Al-Baqarah, 2: ayat 286)
Second degree of burn yang memakan dermis. Kesakitan yang dialami
telah pun berkurangan, tidak seperit first
degree of burn. Begitulah dosa. Bila dah kadang-kadang melakukan dosa,
tinggal solat sekali sekala, sekejap pakai tudung sekejap tak pakai, stokin pun
sama. Haaaaaaa itulah yang membuatkan kita sedikit lali dengan dosa yang telah
dilakukan. Berasa selesa dengan dosa dan menangguh-nangguhkan taubat. Tambahan
pula bila dapat sokongan dari teman-teman yang patut dikesiankan. Itulah
pentingnya memilih teman. Hidup yang punya dua pilihan, samada baik mahupun
buruk, tanya pada hati.
Third degree of burn, kebakaran yang sama sekali tidak mendatangkan
kesan rasa sakit pada diri kerana tiada lagi sense of pain. Yang mana sensor sakitnya telah musnah sama sekali.
Luka yang amat dalam, tampak perit namun hakikatnya tiada sakit. Begitu jualah
dosa. Dosa yang kerap dilakukan akan menghadirkan titik-titik hitam yang mana menghijabkan
hati untuk menerima kebenaran, malah menolak nasihat yang datang. Na'udzubillah
mindzalik. Dosa yang dilakukan hanya dipandang sepele. Langsung tiada rasa bersalah, tiada rasa
berdosa, malah mungkin bangga dengan dosa-dosa yang telah dilakukan.
Begitulah panorama manusia harini
dan aku sendiri pernah merasainya. Selesa dan merasa puas dengan kehidupan
sedia ada. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kekosongan yang belum terisi.
Semoga hati-hati kita kan sentiasa tertaut untuk bertaubat dan melewati
hari-hariNya dengan amal yang diredhaiNya, insyaAllah. Pintu-pintu taubat itu
sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaNya, capailah ia sebelum ajal dating dulu
menjemput diri.
Sebagai muslim yang merindukan
sunnah baginda, marilah sama-sama kita berpesan dengan kebenaran dan kesabaran
dan ingatlah tiada agama yang diiktiraf selain Islam. Jangan biarkan diri kita
terus ditakuk selesa walhal masih melakukan sesuatu yang ditegah agama.
”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
(surah Al-Baqarah, 2: ayat 208)
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
(surah Al-Baqarah, 2: ayat 208)
Amallah Islam itu sepenuhnya,
bukan hanya sekadar mengambil apa yang disukai. Kecintaan itu bukanlah hanya pada
apa yang disukai tapi pada keseluruhan pilihan yang dicinta itu.
Pabila Islam menjadi anutan, anutlah ia dengan penuh tanggungjawab.
Pabila Islam menjadi anutan, sudi-sudilah untuk menanggung wibawa sebagai seorang muslim.
Pabila Islam menjadi anutan, bersedialah untuk menjawab di akhirat kelak atas apa yang telah diperbuat pada harini.
Pabila Islam menjadi anutan, sudi-sudilah untuk menanggung wibawa sebagai seorang muslim.
Pabila Islam menjadi anutan, bersedialah untuk menjawab di akhirat kelak atas apa yang telah diperbuat pada harini.
“Menjawab tanggungan yang ditanggung.
Bertanggungjawablah!”
Subscribe to:
Posts (Atom)