Tuesday, November 15, 2016

Bismillah~

Bismillahirrahmanirrahim..
Lama sudah blog menyepi tanpa sebarang coretan. Membisu tanpa sepatahya bicara, menyepi tanpa sebarang kata dan mendiam dalam sepi suara.
Allah..

Bukan lidahku kelu, mahupun tanganku kaku, namun idea menulis itu telah lama tiada menjengah diri ini.
Tapi kini, akan kupaksa diri agar neuron-neuron bersambung sepenuhnya mendatangkan idea-idea agar segala curatan hati kan tercurhat di sini. Opsss bukan semua.. ^^

BURN @ DOSA (repost)

BURN. Satu situasi yang dikira sebagai bencana. Mana tidaknya jika sekadar asapnya saja sudah cukup membebankan dan mendatangkan penyakit, apatah lagi dengan apinya. Hangat dan membakar, Allahu. Tiba-tiba terdetik di hati, bagaimana api di neraka, jika api di dunia saja sudah cukup menginsafkan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim, 66: ayat 6)

Teringat akan nasib sahabat seperjuangan di Hospital Sultanah Aminah Oktober lalu. Cubaan yang cukup hebat buat hamba-hamba yang hebat. Semoga jiwa-jiwa terlibat sentiasa dikuatkan hati untuk terus bekerja dan berkhidmat buat masyarakat kerana Allah Taala.

Berbalik kepada BURN. Siapa tahu makna BURN? BURN dari segi perubatan bermaksud kebakaran yang mengakibatkan kecederaan. Namun BURN yang dimaksudkan di sini adalah perumpamaan bagi DOSA.
DOSA...
D.O.S.A...
Hermmm... DOSA tu umpama BURN. KEBAKARAN.
Apa yang sama antara DOSA dan BURN?
Jom ikuti analogi-analogi ini dan samakan dengan situasi-situasi diri.

First stage of burn umpama dosa yang pertama kali dilakukan. Astaghfirullah, sakit yang teramat walau lukanya tampak luaran sahaja. Sekadar melecet, terguris mahupun hanya sekadar kesan garu si kuku panjang. Sebab luka akibat burn ini hanya memakan epidermis yang sememangnya akan menghadirkan sakit yang cukup membebankan.

Begitulah dosa. Jika awal dahulu kita mampu memelihara diri dari berbuat dosa, namun terpedaya untuk kali pertamanya, allahu. Rasa berdosa yang amat sangat. Menghantui diri, rasa menyesal dan bertaubat tak nak buat dah. Kisahnya sama seperti kita tidak pernah meninggalkan stokin, handsock apatah lagi tudung menutupi dada dan saat itu, untuk pertama kalinya  tidak memakai stokin saat keluar dari rumah, kita akan berasa sangat tidak selesa, rasa dipandang, rasa berdosa dan bermacam-macam lagi rasa bersalah.

Namun, Allah itu Maha Pengampun. Jadilah hambaNya yang bertaqwa, segera bertaubat saat melakukan kesalahan kerna melazimi dosa kecil itu akan membawa kepada dosa besar. Hadapi segala ujian dan sakit dengan penuh sabar yang mana ianya juga menjadi kifarah dosa.
Ujian itu didatangkan mengikut kemampuan individu itu sendiri. Lain orang, lain pula ujian yg didatangkan yang Maha Mengetahui.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya…”
(Surah Al-Baqarah, 2: ayat 286)

Second degree of burn yang memakan dermis. Kesakitan yang dialami telah pun berkurangan, tidak seperit first degree of burn. Begitulah dosa. Bila dah kadang-kadang melakukan dosa, tinggal solat sekali sekala, sekejap pakai tudung sekejap tak pakai, stokin pun sama. Haaaaaaa itulah yang membuatkan kita sedikit lali dengan dosa yang telah dilakukan. Berasa selesa dengan dosa dan menangguh-nangguhkan taubat. Tambahan pula bila dapat sokongan dari teman-teman yang patut dikesiankan. Itulah pentingnya memilih teman. Hidup yang punya dua pilihan, samada baik mahupun buruk, tanya pada hati.

Third degree of burn, kebakaran yang sama sekali tidak mendatangkan kesan rasa sakit pada diri kerana tiada lagi sense of pain. Yang mana sensor sakitnya telah musnah sama sekali. Luka yang amat dalam, tampak perit namun hakikatnya tiada sakit. Begitu jualah dosa. Dosa yang kerap dilakukan akan menghadirkan titik-titik hitam yang mana menghijabkan hati untuk menerima kebenaran, malah menolak nasihat yang datang. Na'udzubillah mindzalik. Dosa yang dilakukan hanya dipandang sepele.  Langsung tiada rasa bersalah, tiada rasa berdosa, malah mungkin bangga dengan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Begitulah panorama manusia harini dan aku sendiri pernah merasainya. Selesa dan merasa puas dengan kehidupan sedia ada. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kekosongan yang belum terisi. Semoga hati-hati kita kan sentiasa tertaut untuk bertaubat dan melewati hari-hariNya dengan amal yang diredhaiNya, insyaAllah. Pintu-pintu taubat itu sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaNya, capailah ia sebelum ajal dating dulu menjemput diri.

Sebagai muslim yang merindukan sunnah baginda, marilah sama-sama kita berpesan dengan kebenaran dan kesabaran dan ingatlah tiada agama yang diiktiraf selain Islam. Jangan biarkan diri kita terus ditakuk selesa walhal masih melakukan sesuatu yang ditegah agama.

”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
(surah Al-Baqarah, 2: ayat 208)
Amallah Islam itu sepenuhnya, bukan hanya sekadar mengambil apa yang disukai. Kecintaan itu bukanlah hanya pada apa yang disukai tapi pada keseluruhan pilihan yang dicinta itu.

Pabila Islam menjadi anutan, anutlah ia dengan penuh tanggungjawab.

Pabila Islam menjadi anutan, sudi-sudilah untuk menanggung wibawa sebagai seorang muslim.

Pabila Islam menjadi anutan, bersedialah untuk menjawab di akhirat kelak atas apa yang telah diperbuat pada harini.


“Menjawab tanggungan yang ditanggung. Bertanggungjawablah!”

Friday, May 31, 2013

Sebelah Sayap (mat luthfi)



Video Mat Luthfi terbaik!! 
Manusia itu tidak pernah lari dari dosa duhai teman, 
kerana kita punya Tuhan yang Maha Pengampun..
Namun janganlah diulangi dosa dengan sengaja, dibimbangi hilang cahaya petunjuk dariNya.. 
Jangan pernah takut untuk mengambil langkah berubah duhai teman,
kerana tanpa langkahan pertama, mana mungkin seseorang akan terus melangkah ke tahap berikutnya..
Allah tidak akan pernah memerlukn kita, tapi kitalah hamba yang sentiasa memerlukan Allah..
Seringkali mdgr ungkapan "SAYANG KAMU KERANA ALLAH", tap apabila mendapat ajakan pembaikan, bulat-bulat diri menolak.. Memberontak..
Aduh.. Duhai teman..
Moga ukhuwah yang terbina bukanlah sekadar di dunia tetapi di akhirat sana..
Usahakan sedikit-sedikit, insyaAllah Allah redha..
Inti dari tarbiah itu adalah penambahbaikan, bukan sekadar tahu tanpa amalan..
Maaflah jika ada melukakan, tapi aku rela hatimu terguris di dunia berbanding isimu terhiris di akhirat sana..
Taubah!! Better late than never, but its better to never b late.. Never b late.. Never....

Saturday, March 16, 2013

JaNGaN FuTuR Oo~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah.. Aku mohon agar kau permudahkanla segala urusanku..
Kuatkanlah aku di atas jalan ini..

Wednesday, March 6, 2013

Nyawa itu~

 Seandainya pasukan marin masih ada, 
 Pasti akan ada yang menyekat kemasukan mereka, 
 Si durjana yang ingin merebut takhta. 

 Namun,
 Yang pergi amat payah untuk dihadirkan kembali,
 Yang telah dimansuh amat payah untuk diwujudkan diri.

 Sesuatu itu yang membuatkan ia pergi,
 sampai sudah tidak mahu mengaku diri,
 bersenang menongkah kaki tanpa rasa belas di hati.

 Si lemah tidak bermaya yang menjadi mangsa,
 duhai penduduk yang tidak berdosa,
 Si gagah berani jua menjadi bahana dalam perjuangkan tanah air tercinta,
 salah siapa?
 nyawa itu diambil lagi, lagi dan lagi,
 gugurnya si perwira dengan das tembakan dan kelaran sembelihan!!
 Masih butakah wahai pucuk pimpinan?
 Janganlah dikau jadikan nyawa rakyat sebagai korban dalam mainan politik yang semakin menggila!!

 Aku di sini hanya mampu berbicara,
 dalam dakapan do'a meminta padaNya,
 moga dikurniakan petunjuk bagi yang leka,
 moga didatangkan pertolongan bagi yang setia.

 Aku hanya aku,
 yang ingin mengetahui permainan apa di sebalik nyawa itu.

 Rohaida~
 050313, Parit Lapis Laman, Parit Sulong 

Wednesday, January 2, 2013

KhalifahNya

 Malam semakin meluncur pergi
 gantinya adalah siang yang bakal hadir dengan sinar mentari yang memancar
 Betapa sempurna sunatullah ciptaan yang Maha Esa.

 Asmaraloka alam semakin bermadu indah
        pabila pohonan berada dalam dakapan angin
        pabila reranting melenggokkan susuk kerasnya tatkala disentuh bayu
        pabila si anak berpelukan dengan si ibu tatkala hembusan angin meniup
        pabila dedaunan kering berterbangan di kala bayu menguis lembut
 dan di saat inilah sang bulan menjadi saksi keazamanku
 di bawah cahaya lampu neon yang dihinggapi laron-laron yang sentiasa memuji Ilahi.


 Ya, aku bersaksi.
 Bahawasanya aku adalah seorang hamba
 Hamba yang hidup atas belas yang Maha Kuasa
 Hamba yang telah diamanahkan segulung sijil untuk diraih kedapatannya
 bukan disimpan dan dibingkaikan emas.
 Menjadi seorang khalifah.


Wednesday, October 3, 2012

My Mx di HRPZ2, Surg 28~

Bismillahirrahmanirrahim..

Dlm b'tutur, kdg ada yg trasa.. 
Dlm b'gurau, kdg ada yg t'kena..
Dlm mnasihat pula mestila ada yg trasa mgena, kerna diri ini jga mmgingatkn diri..

Dlm x dlm, cetek x cetek.. Tu bukanla apa yg nk difokuskn kt sini, huhu..
My Mx.. Mx?? Mr Right ke? Or Mr False?? 
No no no.. Ol wrong.. Its, management lol.. 
Sumthng special for sem 5 STN.. Spesific.. STN sem 5.. 

Erm.. Byk andaian dlm mx yg bkl dijalani.. 
Byk perspepsi tntgny.. Byk prancgn tntgny juga..
Mcm2la.. As a preparation la katakn.. 
Wlaupun kdg2 rasa mcm.. Err perlu ke? Erm tp npe?? Knape? Y? 

Hermm.. Honestly.. X stuju.. Mlainkn t'pksa sgt2 da.. Memg kes daruratla kirany..

Pertama, ada yg ckp x pa tggl solat coz bz, t bleh qada'.. Sbnrny ada ke p'kataan qada' tok solat?? N mgapa perlu b'fikir sdemikian sdgkn situasiny blum dialami? N samakah solat yg ditunaikn scara fardhu itu dgn yg diqada' kn? (erm btul dop aw eje qada' ning?)
Kedua, ada yg kata nk jamakkn 2 wktu yg b'beza wlaupun ada masa coz rasa dibolehkn.. 
Tp.. tp.. Tp knapa nk satukn?? Kn wktu solat tu b'ada dlm wktu yg asing.. B'beza n sama skali x serupa.. Dududu.. Sama la mcm kte nk wt dressing.. Asingkn PI, alcohol n NS.. Tp apa jdi kalo kte cmpur?? Adakah potensiny sama?? Renung2kn.. :)
Ketiga, sal mkn.. Mx ke, x mx ke, kesihatan tetap kna jga ye teman2.. Jgn disebabkn mx, kte korbankn perut kte tok "digastrikkn".. Maukah?? Diri ini x mau.. Tp kalo byk duit, blehla bli mkn kt luar.. Cuma rugila, sbb kte kn da byr mkn mama.. RM200 sbulan.. Bykkkkkk tu.. Kata nk khwin.. Knala simpan duit ye.. Tabungan wt masa depan.. Huhu.. :p

N now.. Bila diri ini tlah mjalani sndiri mx, alhamdulillah.. Sgalany baik2 saja.. :) Kerna jam itu b'jarum pnjg n  pendek, n diri kte juala yg memilih stiap detik wktu itu.. Ingin gunakn jam ataupun minit.. (err fhm ke, rasa cm koya la plop, huhu)..
Coz mx bukanla suatu sempadan dlm b'buat, tp ia adalah suatu medan tok kte b'buat.. Medan dlm mbantu kte mrancang wktu.. B'buat apa yg perlu.. N pastiny stiap diri itu mgakui, bhawa wktu itu adalah milikNya..
Ermm.. X tw da nk ckp apa.. Tp.. Yg penting, ikhlaskn hati, ikhlaskn niat.. InsyaAllah dtg kerja dgn niat yg baik kranaNya.. Mga dip'mudahkn!! Allahumma amin..
Let us change for better dear muslimah solehah!! :)

Friday, September 14, 2012


Terkadang rasa rindu hadir menemani diri..
Bersama saksi cinta di hati..
Apatah lagi tatkala diri jauh dari family..
Miss my parent.. <3


Friday, June 29, 2012

Lamaran~

Bgaimana jika diri dilamar? 
N bgaimana pula dgn lamaran yg tlah diterima? 
Ya, aq mampu mnolak smua lamaran yg ada, 
namun ada 1 lamaran yg x mampu tok aq tolak.. 




Lamaran si dy yg sering 
  mbuatkn aq mgingatiny, 
  mbuatkn aq sering t'tny2 
  bilakah diri ini kn benar2 b'jumpa dgnny.. 
SubhanAllah, hany Dia Yang Maha Kuasa 
mnitipkn rasa ini buatku.. 
Btapa dy jga makhluk ciptaanNya.. 
Detik p'tunangan tlah mjadi saksi bhawa kami kn b'tmu kmbali.. 
Atas rencana Ilahi.. 
Aq hany mampu mnunggu~ 

Wednesday, May 30, 2012

MATA itu~


Egt 5 p'kara sbelum 5 p'kara...

 Muda sbelum tua 
 Kaya sbelum miskin 
 Lapang sbelum sempit 
 Sihat sbelum sakit 
 N HIDUP sbelum MATI.. 
 Smuany b'pasangan.. N Allah Yang Maha Tahu jua telah mnetapkn bhawa wanita lbih cnderung kpd lelaki kerna ia adalah fitrah insani..       Fitrah b'perasaan tok mlahirkn gnerasi pnyambung mp'juangkn Islam, insyaAllah.. :) 

 Wanita adalah psgn bgi lelaki.. 
 Di mana MENARIKny seorg wanita?? 
 Adakah pd mata yg galak, atau bibir yg mggoda?? 
 Atau jua pd harta yg sbnrny milik ibu bapany?? 
 Ataupun pd pujuk rayu wanita?? 
 Atau pd kata2 yg mghairahkn? 
 Atau mungkin pd aurat yg ditunjukkn?? 
 Pd wajah yg sentiasa tmpil mnawan?? 
 Naudzubillah mindzalik... 

 Smuany bleh myebabkn lelaki t'goda!!
 Nmun, tidak bgi lelaki yg benar2 tahu agama..
 Tp kalo da khwin x apa, huhu.. Tp tu pun bukan pd lelaki LAIN, juz to him, da person dat u kongsi hidup lol...:P

 Stiap plusuk tubuh wanita adalah daya tarikan bagi lelaki.. 
 P'caya?? Believe it or not?? Better u believe it dear frens.. 

 Sudila diri ini mengeSHARE secoretan artikel yg dibaca..
 Jom kte baca sdikit bicara tntg...


 MATA LELAKI.. 
Berkata tentang terpikat, maka ia berhubungkait dengan nafsu, jika ia ada berhubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. untuk mendapatkan iman, mestilah menurut perintah ALLAH dan RASULNYA dan menjauhi laranganNYA.

pada mata lelaki, perempuan ini adalah SIMBOL.
simbol apa, semua orang tahu. orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal oleh iman. maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

setiap bentuk badan seseorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara yang pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

maka akan ditafsirlah berbagai-bagai cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

oleh kerana itulah  wanita wajib menutup rambutnya. apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

setelah itu mata lelaki akan turun lagi untuk melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,dan lelaki itu pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka nafsu lelaki akan terusik secara spontan,entah tak tahu kenapa??

mata lelaki ni nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan terlihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain atau memakai stokin yang warnanya jangan sekali berwarna kulit perempuan maka lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

maka wahai lelaki janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jikakamu wahai lelaki, ingin meminangnya. jika wanita itu cukup soleh takut mukanya yang cantik menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit, iaitu penyakit mata.

lelaki itu akan tertangkap dengan spontan jikaia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. (alolo... Sweetny..)

itulah wahai semua muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita dah selesai, perlulahpula kita menjaga kehormatan diri masing-masing, jangan keluar seorang2, keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang-kurangnya tiga orang wanita agar tidak di ganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat. insyaALLAH selamat dunia akhirat.

seperti firman ALLAH,"dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

ingat duhai diri, jua teman2 muslimahku sekalian, diri ini ibarat epal di pohon.. 
Biarla masakny dipohon.. Jgnla digugurkn diri, umpama gugurny maruah diri.. 
Kerna rijal yg sejati, xkn mgutip buahan yg gugurny tnpa dipetik..
Marila kte mbimbing diri, mjadi muslimah yg gugurny krana petikan tgn rijal yg benar2 sudi mbentuk, mbimbing serta b'sama2 dlm mp'juangkn Islam, memimpin ke jannah, insyaAllah..
Ayuh.. Sama2 jga aurat..
Nanti... Kera pun nk kawan ngn kte kalo kte jga aurat, hak3.. Auta je tu.... 



Jgn mnunggu waktu tok b'ubah, kerna ajal yg dtg x mnunggu kte b'ubah!! (err fhm ker??) 

Friday, May 25, 2012

Ujian itu hny bgi yg istimewa~

Bismillahirrahmanirrahim...
Dalam kelembutan malam, x semua b'ada diambang buaian,
tidur tatkala diri rasa mgantuk,
lelapkn mata tatkala mata terasa berat,
n mungkin ke katil tatkala katil da pun memanggil-manggil..
Tidak semua.. Kerna..


Pbila suatu nikmat tlh didtgkn,
x mustahil tok nikmat itu ditarik kembali.
Bgitula nikmat ksihatan, sihat itu adalah pinjaman driNya..
Bila2 masa shaja nikmat itu boleh ditarik n mungkin dihunus kembali.. 


Nmun, ksakitan bukanla alasan tok tidak b'buat, 
kerana ia adalah kekuatan yg mbina!!
Dan tidak diddtgkn sesuatu ujian itu jika ia b'sifat sia2.. 
Kerna..


 QS 2:186 (Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”)



N mohonla pdNya, agar sentiasa diberi kekuatan.. Dia Maha Mdgr.. Alam jua b'tasbih memujiNya, mgapa tidak kte??




QS 2:186 (Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.)

Love~

 

Kasih syg tu memg uniq.. Sbb stiap insan jua tlah difitrahkn tok mpunyai rasa kasih, rasa syg.. Bgitu jua cinta yg t'pendam.. Nmun, jgnla sesekali t'slh mletakkn rasa2 ini.. Kerna skali t'semat, payah tok diubat~ 
Dia la pmilik cinta yg hakiki, b'sama kalam cintaNya yg mgubat hati..

Monday, May 21, 2012

Tragedi 18 Mei 2012 b'sma teman t'syg .. Alahai~



Bismillahirrahmanirrahim...

Betapa kalutny orang Malaysia, bimbang barang yg diperdagangkan x laku..
Smpai sanggup marah klien.. Apo da!!Al kisah b'mula pbila diri ini n teman2 ke sbuah shopping mall tok lebih "mdekati" barang boikot.. Erm mdekati tu bukanla b'erti menempel gitu, tp 'lebih mengenali' agar tidak t'beli di lain hari, insyaAllah.. Di mana kami telah dibahagikn kpada beberapa kumpulan agar kedatangan kami tidakla bgitu di'cam'.. N insyaAllah stiap kump akan mdekati target utama t'lbih dahulu, sbagaimana sy diarahkn tok mdekati makanan ringan.. N kmudian barula kami akan b'gerak ke target lain sp'ti, alat mekap, kb'sihan diri, frozen n lain2.. 

Dalam pda sibuk mdekati, t'dpt kump yg didekati oleh seseorg (bgaimana rupa sy x tw sbb sy tiada ditempat kjadian), n 'seseorg' ini telah mlarang kami (kump itu) dari terus mp'kenalkn barang boikot.. N 'seseorg' itu dikatakn b'timbang rasa jga la sbb xda la marah ke apa, kira ok la.. Sopan.. N bout the other one, yg jga "seseorg", tlah mnegur kami (kump lain pula) dgn nada yg agak tinggi.. Smbil myuruh kami mnyimpan helaian kertas brgn boikot yg kami bawa.. Ei apa hak dy?? Rasany hak dy lbih tinggi tok boikot barang2 yg myumbang kpd butir pluru laknatullah tu!! Apa salahny kalo barang2 yg dimajukn adalah barang2 buatan Malaysia?? Xpun barang2 yg bukan BOIKOT la.. Bleh la majukn negara n bleh buka pluang pk'jaan tok rkyt jga kalo da maju.. Ni asyik kata "kalo boikot brg Israel nanti org kte x da k'ja".. Siapa kata? Ni kata2 org yg x fkir masa depan je.. Otak kuno.. Sbb tu la kte kna ubah blek p'sepsi individu.. Bhawa boikot x smestiny mnutup pluang k'ja, tp iany lbih mbuka pluang k'ja disamping kte puny jwpn tok "apa usaha kte di Malaysia slama mana saudara seislam kte di Palestin, n ngara2 Islam lain diperangi??" Hermmm mnusia~

N pda ktika saat detik n wktu diri ini masih disana, tiba2 mata ini t'dorong tok tgk brgn di dlm sbuah troli yg disorong oleh seorang wanita tatkala b'selisih.. (Aduhai.... Smuany brg boikot).. Tu bru sorg.. Kalo byk org???????????? Fikir2kn la duhai teman.. Inila daya kte yg msih b'daya dgn pinjaman nyawa olehNya, tok trus mboikot agar saudara smuslim kte lbih t'bela.. InsyaAllah.. Stiap usaha itu dinilai.. Iringiny dgn do'a n pharapan pdNya.. InsyaAllah.. 





Thursday, April 19, 2012

Teman~

Bismillahirrahmanirrahim..

Apakah itu masjid??
Binaan yg asalny dari pohonan.. Masjid p'tama, masjid Quba'..

Erm npe asyik bicarakn tntg masjid, tp tjuk yg diusulkn adalah teman.. Apa kaitanny?? Huhu.. Sbnrny apa yg OO nk smpaikn bukanny tntg masjid binaan yg t'surat.. Tp ia adalah sesuatu yg t'sirat.. Sesuatu yg sering mjadi sbutan dara pingitan pbila umur mcecah 20-an.. Bgitu jua dgn jejaka2 b'darah muda.. Apakah iany suatu fitrah?? Yup.. Absolutely.. Fitrah mnusia yg didatangkn tok mempunyai rasa cinta ke atas insan b'beza  jantina.. Fitrah mnusia yg mginginkn zuriat pyambung generasi rabbbani.. Ummah gemilang.. InsyaAllah..

Apakah umur seusia 20, atau 21 thun telah sesuai tok b'pasangan? Huhu.. Ramai yg kata x elok khwin awal kn.. Tp apa kata OO??
OO x kata apa2.. Cuma senyum je.. >_< Erm tp kalo ikutkn, jodoh stiap manusia tu telah ditetapkn.. Cepat atau lmbt.. So, apa slhny khwin awal.. Kn.. Bleh dpt ramai sikit anak.. Opss.. Da ramai, sikit plak.. Yg mana satu ni?? Ramai ke sikit.. Apa kata survey? Blehla dpt satu team bola sepak.. :)

Once again, why teman??

Huhu.. Actually semua org pun memg x dpt nk lari dri mrasai fitrah b'kasihan ni.. T'masukla OO.. Kdg2 t'fikir siapa bakal zauj kte.. Mcm mana keadaan kte wktu tu..

Apakah kte semakin mninggalkn agama atau smakin mdekati agama??
Moga jln kanan yg akn sentiasa dipilih.. B'sama zauj n anak2 soleh solehah..

Bagaimana dgn nikmat kurnia Ilahi yg dipinjamkn??

Lgkapkah deria atau anggota kte sbagaimana skrg??
Atau ktetapan yg lebih baik yg tlah diaturknNya..

Atau apakah tunangan kte, malaikat maut akn mjemput kte t'lebih dhulu sbelum smpat diijabkabulkn??
Andai ini adalah ktetapan, rugikah kte krna tiada prnh mdpt rasa kasih n cinta insan b'gelar lelaki??
Krana prinsip No CouPLe B4 N!KaH tetap didahulukn..
Rasa rugi sbb diri x prnh b'couple.. X prnh ada pgalaman dpt bear dri pakwe.. Dpt hdiah comel2.. Dpt bunga.. Dun worry lol, OO pun x prnh ada pgalaman cm tu.. Last2 bli bear sndiri je.. Kn Momo?? (Momo= bear OO) Huhu.. Smpai bgini skalikah??
Wajarla andai ada rasa itu.. Nmun, slidikila kembali hati2 kte duhai teman......
Ke manakah rugi itu dituju?? Utara?? Selatan?? Timur?? Atau pun ke barat daya??
Kerna yakin itu hny pdNya, bukan pd jnji manis taburan lelaki.. N fkirla sjenak, apakah yg mrugikn itu??
Even da tunang skalipun, kalo xda jodoh, tetap x tggl serumah..
N pastiny, sgala yg t'sedia olehNya lbih indah dri dunia singgahsana smentara ini..

Yakini Dia.. N usaha kte, p'siapkn la diri sbaikny.. :) InsyaAllah..
Alhamdulillah buat nafas n sgala nikmat yg masih dipinjmkn olehNya..
Jua buat ujian yg didatangkn.. Krana ia mmatangkn.. Walau kdg diri ini sering b'perasaan..
Do'a jua dipohon agar diri sntiasa kuat dri t'larut oleh nafsu n godaan dunia..
Do'a la pgikatny, bukan lafazan kata madah..


Ku serahkn sgalany pd ketentuan, biarla masa yg b'bicara..
Pena hatiku b'bicara duhai teman~

Wednesday, April 4, 2012

Tarbiah~


Tgn da dihulur, tp tiada b'smbut... 
Cahaya da ada, tp x nk digapai.. 
Yg da gapai, dilepaskn pula.. 
Atas alasan???

Sbb tu la pntingny teman..
Teman2 yg ikut sama ditarbiah..
Saling b'pesan dgn kbenaran n ksabaran..
Kalo sorg jatuh, yg lain tlg agkt..
Jdi, smuany kn b'ada ats landasan yg sama, b'diri dgn tguh n kukuh!!
Mcari redhaNya.. InsyaAllah..



(QS 103:3, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar)


N egtla duhai diri...
(QS 3:14, 
Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-pinak, harta yang banyak berupa emas, perak, kuda pilihan, binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan di dunia,dan sesungguhnya,apa yang ada di sisi Allah itu adalah lebih baik)



(QS 91:8-10,8. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.
9. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu,
10. Dan Sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya)

Dia~



Harini aq dibelenggu cinta manusia.. Cinta manusia yg mcintai manusia lainny.. Ya Allah pm'gian ny mencuit hatiku walau hny shari mgenaliny.. Arwah mkcik Maznah.. Seorang wanita yg tiada b'anak.. Suami jua tlah lama mninggalkn diri krana djemput Ilahi.. TRO ovarian ca.. Pyakit yg sering myerang para wanita.. Ya Allah jauhknla aq dari pyakit sdemikian.. Aq mohon ya Allah.. Jauhknla aq, ibu bapa ku, guru2 ku, shabat2ku serta sluruh muslimin n muslimat.. Hany pdMu jua tmpt aq memohon ya Allah.. 
(QS 16:61 ....kemudian apabila sampai tempoh mereka, tiadalah mereka akan dapat meminta dikemudiankan sesaatpun dan tidak pula mereka akan dapat meminta didahulukan)

Tuesday, March 20, 2012

Irama itu~

Bismillahhirrahmanirrahim.... 


Kadangkala pelbagai rasa dtg mnerpa diri
mnerjah ke sluruh plusuk hati

mrungkai kembali sgala memori..
Memori pahit, suka, duka, t'kenang kembali 
ibarat memutarkan kembali filem kehidupan..
Haruskah stiap memoir yg t'cipta dipadam dari memori yg mampu mengingat? 
Kadangkala ia t'padam tnpa dipinta, nmun kdgkala ia hadir tnpa dipaksa.. 
Memori itu.. Kn ku jdikan sbg bingkai kenangan.. 
Oo bingkai kenangan, jdi teman setia, phibur sepi diriku.. 
Dududu dudududu dududududu.. 
Maafkan diri ini duhai teman~