Tuesday, November 15, 2016

Bismillah~

Bismillahirrahmanirrahim..
Lama sudah blog menyepi tanpa sebarang coretan. Membisu tanpa sepatahya bicara, menyepi tanpa sebarang kata dan mendiam dalam sepi suara.
Allah..

Bukan lidahku kelu, mahupun tanganku kaku, namun idea menulis itu telah lama tiada menjengah diri ini.
Tapi kini, akan kupaksa diri agar neuron-neuron bersambung sepenuhnya mendatangkan idea-idea agar segala curatan hati kan tercurhat di sini. Opsss bukan semua.. ^^

BURN @ DOSA (repost)

BURN. Satu situasi yang dikira sebagai bencana. Mana tidaknya jika sekadar asapnya saja sudah cukup membebankan dan mendatangkan penyakit, apatah lagi dengan apinya. Hangat dan membakar, Allahu. Tiba-tiba terdetik di hati, bagaimana api di neraka, jika api di dunia saja sudah cukup menginsafkan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(Surah At-Tahrim, 66: ayat 6)

Teringat akan nasib sahabat seperjuangan di Hospital Sultanah Aminah Oktober lalu. Cubaan yang cukup hebat buat hamba-hamba yang hebat. Semoga jiwa-jiwa terlibat sentiasa dikuatkan hati untuk terus bekerja dan berkhidmat buat masyarakat kerana Allah Taala.

Berbalik kepada BURN. Siapa tahu makna BURN? BURN dari segi perubatan bermaksud kebakaran yang mengakibatkan kecederaan. Namun BURN yang dimaksudkan di sini adalah perumpamaan bagi DOSA.
DOSA...
D.O.S.A...
Hermmm... DOSA tu umpama BURN. KEBAKARAN.
Apa yang sama antara DOSA dan BURN?
Jom ikuti analogi-analogi ini dan samakan dengan situasi-situasi diri.

First stage of burn umpama dosa yang pertama kali dilakukan. Astaghfirullah, sakit yang teramat walau lukanya tampak luaran sahaja. Sekadar melecet, terguris mahupun hanya sekadar kesan garu si kuku panjang. Sebab luka akibat burn ini hanya memakan epidermis yang sememangnya akan menghadirkan sakit yang cukup membebankan.

Begitulah dosa. Jika awal dahulu kita mampu memelihara diri dari berbuat dosa, namun terpedaya untuk kali pertamanya, allahu. Rasa berdosa yang amat sangat. Menghantui diri, rasa menyesal dan bertaubat tak nak buat dah. Kisahnya sama seperti kita tidak pernah meninggalkan stokin, handsock apatah lagi tudung menutupi dada dan saat itu, untuk pertama kalinya  tidak memakai stokin saat keluar dari rumah, kita akan berasa sangat tidak selesa, rasa dipandang, rasa berdosa dan bermacam-macam lagi rasa bersalah.

Namun, Allah itu Maha Pengampun. Jadilah hambaNya yang bertaqwa, segera bertaubat saat melakukan kesalahan kerna melazimi dosa kecil itu akan membawa kepada dosa besar. Hadapi segala ujian dan sakit dengan penuh sabar yang mana ianya juga menjadi kifarah dosa.
Ujian itu didatangkan mengikut kemampuan individu itu sendiri. Lain orang, lain pula ujian yg didatangkan yang Maha Mengetahui.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya…”
(Surah Al-Baqarah, 2: ayat 286)

Second degree of burn yang memakan dermis. Kesakitan yang dialami telah pun berkurangan, tidak seperit first degree of burn. Begitulah dosa. Bila dah kadang-kadang melakukan dosa, tinggal solat sekali sekala, sekejap pakai tudung sekejap tak pakai, stokin pun sama. Haaaaaaa itulah yang membuatkan kita sedikit lali dengan dosa yang telah dilakukan. Berasa selesa dengan dosa dan menangguh-nangguhkan taubat. Tambahan pula bila dapat sokongan dari teman-teman yang patut dikesiankan. Itulah pentingnya memilih teman. Hidup yang punya dua pilihan, samada baik mahupun buruk, tanya pada hati.

Third degree of burn, kebakaran yang sama sekali tidak mendatangkan kesan rasa sakit pada diri kerana tiada lagi sense of pain. Yang mana sensor sakitnya telah musnah sama sekali. Luka yang amat dalam, tampak perit namun hakikatnya tiada sakit. Begitu jualah dosa. Dosa yang kerap dilakukan akan menghadirkan titik-titik hitam yang mana menghijabkan hati untuk menerima kebenaran, malah menolak nasihat yang datang. Na'udzubillah mindzalik. Dosa yang dilakukan hanya dipandang sepele.  Langsung tiada rasa bersalah, tiada rasa berdosa, malah mungkin bangga dengan dosa-dosa yang telah dilakukan.

Begitulah panorama manusia harini dan aku sendiri pernah merasainya. Selesa dan merasa puas dengan kehidupan sedia ada. Namun, jauh di sudut hati, masih ada kekosongan yang belum terisi. Semoga hati-hati kita kan sentiasa tertaut untuk bertaubat dan melewati hari-hariNya dengan amal yang diredhaiNya, insyaAllah. Pintu-pintu taubat itu sentiasa terbuka luas buat hamba-hambaNya, capailah ia sebelum ajal dating dulu menjemput diri.

Sebagai muslim yang merindukan sunnah baginda, marilah sama-sama kita berpesan dengan kebenaran dan kesabaran dan ingatlah tiada agama yang diiktiraf selain Islam. Jangan biarkan diri kita terus ditakuk selesa walhal masih melakukan sesuatu yang ditegah agama.

”Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam
(dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.”
(surah Al-Baqarah, 2: ayat 208)
Amallah Islam itu sepenuhnya, bukan hanya sekadar mengambil apa yang disukai. Kecintaan itu bukanlah hanya pada apa yang disukai tapi pada keseluruhan pilihan yang dicinta itu.

Pabila Islam menjadi anutan, anutlah ia dengan penuh tanggungjawab.

Pabila Islam menjadi anutan, sudi-sudilah untuk menanggung wibawa sebagai seorang muslim.

Pabila Islam menjadi anutan, bersedialah untuk menjawab di akhirat kelak atas apa yang telah diperbuat pada harini.


“Menjawab tanggungan yang ditanggung. Bertanggungjawablah!”

Friday, May 31, 2013

Sebelah Sayap (mat luthfi)



Video Mat Luthfi terbaik!! 
Manusia itu tidak pernah lari dari dosa duhai teman, 
kerana kita punya Tuhan yang Maha Pengampun..
Namun janganlah diulangi dosa dengan sengaja, dibimbangi hilang cahaya petunjuk dariNya.. 
Jangan pernah takut untuk mengambil langkah berubah duhai teman,
kerana tanpa langkahan pertama, mana mungkin seseorang akan terus melangkah ke tahap berikutnya..
Allah tidak akan pernah memerlukn kita, tapi kitalah hamba yang sentiasa memerlukan Allah..
Seringkali mdgr ungkapan "SAYANG KAMU KERANA ALLAH", tap apabila mendapat ajakan pembaikan, bulat-bulat diri menolak.. Memberontak..
Aduh.. Duhai teman..
Moga ukhuwah yang terbina bukanlah sekadar di dunia tetapi di akhirat sana..
Usahakan sedikit-sedikit, insyaAllah Allah redha..
Inti dari tarbiah itu adalah penambahbaikan, bukan sekadar tahu tanpa amalan..
Maaflah jika ada melukakan, tapi aku rela hatimu terguris di dunia berbanding isimu terhiris di akhirat sana..
Taubah!! Better late than never, but its better to never b late.. Never b late.. Never....

Saturday, March 16, 2013

JaNGaN FuTuR Oo~

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya Allah.. Aku mohon agar kau permudahkanla segala urusanku..
Kuatkanlah aku di atas jalan ini..

Wednesday, March 6, 2013

Nyawa itu~

 Seandainya pasukan marin masih ada, 
 Pasti akan ada yang menyekat kemasukan mereka, 
 Si durjana yang ingin merebut takhta. 

 Namun,
 Yang pergi amat payah untuk dihadirkan kembali,
 Yang telah dimansuh amat payah untuk diwujudkan diri.

 Sesuatu itu yang membuatkan ia pergi,
 sampai sudah tidak mahu mengaku diri,
 bersenang menongkah kaki tanpa rasa belas di hati.

 Si lemah tidak bermaya yang menjadi mangsa,
 duhai penduduk yang tidak berdosa,
 Si gagah berani jua menjadi bahana dalam perjuangkan tanah air tercinta,
 salah siapa?
 nyawa itu diambil lagi, lagi dan lagi,
 gugurnya si perwira dengan das tembakan dan kelaran sembelihan!!
 Masih butakah wahai pucuk pimpinan?
 Janganlah dikau jadikan nyawa rakyat sebagai korban dalam mainan politik yang semakin menggila!!

 Aku di sini hanya mampu berbicara,
 dalam dakapan do'a meminta padaNya,
 moga dikurniakan petunjuk bagi yang leka,
 moga didatangkan pertolongan bagi yang setia.

 Aku hanya aku,
 yang ingin mengetahui permainan apa di sebalik nyawa itu.

 Rohaida~
 050313, Parit Lapis Laman, Parit Sulong 

Wednesday, January 2, 2013

KhalifahNya

 Malam semakin meluncur pergi
 gantinya adalah siang yang bakal hadir dengan sinar mentari yang memancar
 Betapa sempurna sunatullah ciptaan yang Maha Esa.

 Asmaraloka alam semakin bermadu indah
        pabila pohonan berada dalam dakapan angin
        pabila reranting melenggokkan susuk kerasnya tatkala disentuh bayu
        pabila si anak berpelukan dengan si ibu tatkala hembusan angin meniup
        pabila dedaunan kering berterbangan di kala bayu menguis lembut
 dan di saat inilah sang bulan menjadi saksi keazamanku
 di bawah cahaya lampu neon yang dihinggapi laron-laron yang sentiasa memuji Ilahi.


 Ya, aku bersaksi.
 Bahawasanya aku adalah seorang hamba
 Hamba yang hidup atas belas yang Maha Kuasa
 Hamba yang telah diamanahkan segulung sijil untuk diraih kedapatannya
 bukan disimpan dan dibingkaikan emas.
 Menjadi seorang khalifah.